
Pasangan Penari Murut Di KDCA 2013
Kaum etnik Murut boleh ditemui kebanyakkannya di Keningau, Tenom, Pensiangan, Kalabakan dan Kinabatangan. Ini menjadikan kaum Murut di antara kaum etnik minoriti Sabah. Walaupun begitu, penduduk berketurunan Murut juga boleh didapati di Brunei, Sarawak dan Kalimantan kesemuanya berdekatan sempadan kawasan tersebut. Bahasa kaum ini didapati digunakan oleh pelbagai suku kaum dan satu-satunya bahasa di Sabah yang mempunyai keistimewaan sebegitu. Kepelbagaian jenis 'sub-kaum' Murut ini sememangnya mengelirukan pelbagai pihak kerana masih banyak orang-orang Murut yang tinggal jauh di pedalaman. Kini, suku kaum ini telah berkembang maju dan sebuah parti khas kaum Murut telah ditubuhkan di Sabah untuk memperjuangkan hak mereka